Showing posts with label Info Minda. Show all posts
Showing posts with label Info Minda. Show all posts

Thursday, 16 February 2012

10 Perkara Yang Merosakkan Otak

Right click pada gambar dan pilih
"open link in new tab" untuk saiz asal

CM: Err...takyah tulis panjang-panjang la ye. Kita baca je info kat atas, bleh? ;)

Sumber: Hilmi Md Sukor

Sunday, 1 May 2011

Makanan Laut - 1 Nyanyuk - 0

Sapa suka makan makanan lautttt?
Sila angkat tangan macam saya ;-)

Dalam satu laporan yang diterbitkan dalam majalah Discover edisi Mac 2003, ada disebut mengenai satu hasil kajian yang mengambil masa selama 7 tahun yang mendapati bahawa, individu yang memakan makanan laut sekurang-kurangnya sekali seminggu dapat mengurangkan risiko menghidap penyakit nyanyuk sehingga 30%.

Jadi, kepada penggemar makanan laut, boleh amalkan selalu.
Yang penting, jangan lari bajet, sudah... :-)

Wednesday, 27 April 2011

Guna Hati Ke Guna Otak?


Biasa dengar nama Aristotle?
Aristotle nih (384 SM- 322 SM) merupakan seorang ahli falsafah berbangsa Greek yang terkenal.
Nama dia kita selalu dengar masa kat sekolah menengah dulu.
Ingat lagi tak?
Aristotle pernah mengeluarkan pendapat bahawa manusia sebenarnya berfikir melalui hati, bukannya otak.
Erkk?!!!

Memang la, kalau ikut sains era moden ni, pendapat dia dah terang-terang salah.
Tapi mungkin itu adalah rumusan terbaik berdasarkan perkembangan sains pada waktu itu.
Sama seperti sains dulu-dulu yang mengatakan bahawa bumi ni sebenarnya berbentuk empat segi dan matahari yang mengelilingi bumi, bukan sebaliknya.

Tuesday, 26 April 2011

Makan Untuk Hidup..


Dalam satu kajian yang membabitkan sejuta orang pelajar di New York, didapati bahawa, untuk menu makan tengah hari, pelajar-pelajar yang mengambil makanan yang kurang mengandungi bahan-bahan seperti perasa tiruan, perisa tiruan dan pengawet akan mencapai keputusan 14% lebih baik dalam ujian IQ.

Semua orang tahu akan kepentingan menjaga pemakanan.
Tapi yang masalahnya, bila kita hidup di zaman di mana kebanyakan makanan dihasilkan di kilang-kilang, bukan lagi tanam sendiri atau petik kat kebun-kebun macam zaman atuk dan nenek kita dulu, nak tak nak, salah satu daripada bahan-bahan di atas tu mesti ada.
Roti dengan kandungan gandum yang sepatutnya menyihatkan, pun ada pengawet nak suruh tahan seminggu dua.
Sayur, penuh dengan racun serangga sebab nak bagi nampak cantik tanpa kesan gigitan ulat dan sebagainya.
Teh dengan bahan pewarna dia.
Lagi? Emmm..nanti-nanti la sambung kalau rajin ;-)

Pendek kata, nak cari makanan atau minuman yang betul-betul selamat tu, payah dah.
Betulll..ada yang organik.
Tapi orang tengok harga pulak..tak semua yang mampu.
Jadi, tinggal lagi kita guna sikit-sikit je laa apa yang ada jual kat pasaran sekarang nih.
Kira makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan...

Monday, 25 April 2011

Aku Bermimpi...


Korang ada mimpi apa-apa tak semalam?
Mimpi yang indah-indah ke, mimpi ngeri?
Ke mengigau? :-)
Pastu kantoi ngan ahli keluarga, jadi stok gelak..heh..

Takpe.
Nak tahu apa yang menariknya pasal tidur dan mimpi nih?
  • kalau kita perhatikan seseorang itu tidur berdengkur, maknanya dia tidak mengalami sebarang mimpi. Tengah tidur lena la tuu..
  • kebanyakan daripada kita mengalami mimpi berwarna manakala yang selebihnya (12%) bermimpi dalam hitam putih
  • jika kita terjaga di pertengahan mimpi, kemungkinan besar kita akan mengingati segala mimpi tersebut. Berbeza jika kita telah tidur sepanjang malam dan cuba mengingatinya sebaik terjaga pada waktu pagi
  • sewaktu tidur, tubuh kita menghasilkan sejenis hormon yang menyebabkan kita berada dalam keadaan seakan-akan lumpuh. Ini untuk mengelakkan kita daripada melakukan segala aksi yang terjadi dalam mimpi kita :-)
  • sekumpulan penyelidik Jepun telah berjaya menghasilkan teknologi yang mungkin akan membantu seseorang itu untuk melihat mimpi orang lain melalui sebuah skrin
*foto - antonisfes*

Sunday, 24 April 2011

Otak Manusia = Sebuah Bugatti Veyron?!!!


Ni ada satu teka-teki.
Ada seekor haiwan.
Badannya besar.
Hidungnya panjang.
Boleh tahan popular, selalu masuk akhbar sebab suka menjahanamkan kebun-kebun tanaman orang kampung:-)
Apakah ia?

Dah dapat jawab dah? Bagussss...
Bermula daripada menerima maklumat (soalan teka-teki), memproses maklumat (memikirkan jawapan) dan mentafsir maklumat (memberi jawapan), keseluruhan proses tersebut 'bergerak' melalui saraf-saraf di dalam otak kita pada kelajuan 416 km/j (260 batu/jam).
Kelajuan tersebut adalah hampir sama dengan kelajuan sebuah kereta Bugatti Veyron (430 km/j atau 267 batu/jam), kereta terpantas di dunia pada hari ini.

Oh ya...korang jawab apa tadi?
Hah? GAJAH?!!!
Pandainyaaaaa... ;-)

*foto - thesupercars*

Saturday, 23 April 2011

Bank Otak


Terdapat lebih daripada 7 000 otak manusia disimpan di Universiti Harvard untuk tujuan penyelidikan, menyebabkan institusi pengajian tinggi tersebut turut dikenali sebagai Bank Otak.

Kalau la fungsi universiti ini betul-betul seperti sebuah bank, setiap kali kita cucuk ATM untuk ambik duit, yang keluar nanti bukannya kepingan RM, tapi...

Hehe...

*foto - killerfilm*

Thursday, 21 April 2011

Tiada Rasa Sakit


Otak kita tidak mempunyai saraf atau deria yang dapat merasai kesakitan. Disebabkan keistimewaan ini, pakar bedah dapat menjalankan pembedahan otak ke atas seseorang pesakit walau pun pesakit itu berada dalam keadaan sedar. Dengan cara ini juga, pakar bedah boleh mendapatkan maklum balas secara langsung daripada pesakit untuk mengenal pasti bahagian-bahagian dalam otak yang terlibat dengan fungsi-fungsi penting seperti percakapan dan penglihatan.

Begitu juga semasa kita diserang sakit kepala. Kesakitan yang kita rasai itu bukanlah berpunca daripada otak, tetapi daripada kawasan antara leher atau kepala.

Patut la setiap kali kalau kita tak dapat datang kerja, dan bos pulak tanya kenapa tak datang, alasan yang sering terpacul keluar daripada mulut kita ialah, ''saya sakit kepala sikit hari ni".
Bukannya "saya sakit otak sikit hari ni"..hehe..

Wednesday, 13 April 2011

Air Muka Sedih


Engko ni kenapa, nampak sedih je?
Wah! Ceria nampak..baru dapat gaji eh?
Ni apa hal nampak bad mood je ni?

Ikut situasi, pernah tak soalan-soalan di atas kita tanya pada kawan-kawan kita ke, adik-beradik kita ke, atau sesiapa saja?
Mesti pernah kan?
Jadi, macam mana kita boleh tahu apa yang mereka rasa?

Di dalam otak kita, terdapat sekelompok saraf yang dipanggil amygdala.
Kewujudan amygdala ni membolehkan kita mengagak emosi seseorang hanya dengan melihat air mukanya, tanpa perlu individu tersebut memberitahu kita apa-apa pun.

*foto - rufie89*

Tuesday, 12 April 2011

Geletek Sikit


Suka kena geletek tak? Tak suka? Sebab geli, kan? Kan?
Kalau geletek orang? Yang tu suka pulak (sama la kita..heh..).
Tambah-tambah kalau geletek budak kecik.
Siap merayu-rayu budak tu mintak suruh berhenti..ekekeke..

Tapi, kalau geletek diri sendiri kenapa kita tak rasa geli ek?
Hmmm...

Sebenarnya, kita tak rasa geli atau rasa nak ketawa kalau geletek diri sendiri disebabkan otak kita.
Sejak awal lagi, otak kita sudah sedia maklum dengan niat kita untuk menggeletek dan bila kita akan menggeletek.

Saturday, 9 April 2011

Makan Coklat Untuk Kecerdasan Minda


Siapa kata banyak makan coklat tak elok?
Err...kalau banyak sangat memang tak elok pun :-)
Tapi kalau makan sikit-sikit, tak jadi hal, malah digalakkan sebagai diet untuk otak.

Pengambilan dalam jumlah yang kecil, lebih kurang 1 auns (28 gram) coklat sehari dipercayai akan membantu melonjakkan keupayaan otak.
Dengan memakan coklat, otak kita akan menghasilkan sejenis bahan kimia yang dipanggil dopamine.
Dopamine akan berfungsi sebagai perangsang minda, pencetus memori dan juga meningkatkan tahap pembelajaran.

Jadi, lepas ni dah tak perlu dah nak fobia atau bersangka buruk dengan coklat..heh..

*sumber - livestrong*

Thursday, 7 April 2011

Lebih 160 000 Kilometer...


Terdapat lebih daripada 160 000 km (100 000 batu) pembuluh darah dalam otak kita.
Sejauh mana 160 000 km ni?
Lebih kurang 4 kali mengelilingi planet Bumi.

Satu lagi bukti kebesaran Allah SWT.
Disusun dengan penuh rapi dan teratur untuk membantu perjalanan darah dalam otak.
Bagi kita yang lemah serba-serbi ni pulak, nak ikat tali kasut, atau beg plastik, pun silap-silap boleh tersimpul mati.
Betul tak betul? :-) (trademark Jutawan Berani Gagal, Billi Lim)

*sumber - alearnersdiary*

Wednesday, 6 April 2011

Wanita Sukar Ditipu


Ibarat pengesan radar bergerak, otak wanita dikatakan mampu untuk menyatukan setiap kata-kata yang diucapkan dengan kesesuaian bahasa tubuh. Jadi, mereka boleh merasai sekiranya seseorang itu sedang bercakap bohong atau sebaliknya.
Info ni dipetik daripada majalah KELUARGA, isu Mac 2009.

Agaknya betul la kot.
Sebab masa kecik-kecik dulu selalu sangat kantoi dengan mak.
Asal balik sekolah lambat, tahuuuu je mana kita pergi.
Biasanya, kalau tak ke rumah kawan layan game, mesti tengah overtime main bola..heh..

*foto - achoerz*

Monday, 4 April 2011

Usah Berfikir Negatif


Sudah menjadi lumrah manusia untuk berfikir negatif. Walau pun tidak selalu, tapi mungkin sekali-kala tu ada, betul tak betul? :-)

Contohnya, waktu nak ambil peperiksaan.
Tak kisah la masa kat sekolah dulu ke, kat universiti ke.
Belum pun mula kertas pertama, dah fikir pasal kegagalan, pasal tak lulus periksa..
Contoh lagi, masa nak pergi temuduga kerja.
2-3 hari sebelum tarikh, bukan main dok berdebar dup-dap, dup-dap.
Berdebar bukan sebab excited, tapi sebab takut tak dapat kerja.
Lagi-lagi contoh, masa nak telefon buah hati pengarang jantung (aceiceicei...)
Takleh panggilan lambat berjawab sikit, atau pun tak angkat langsung, mula la nak fikir yang bukan-bukan.

(Err..semua tu pengalaman hamba yang empunya cerita..ekekeke..)

Okey, mulai hari ni, kita cuba kurangkan sikit pemikiran negatif ni.
Sebabnya, fakta daripada majalah RAPI, isu 15 Jun 2010, menyatakan bahawa, antara punca seseorang itu mudah jatuh sakit adalah disebabkan kerap berfikir negatif.
Berfikir secara negatif dipercayai boleh menyebabkan sistem ketahanan badan sentiasa menjadi lemah.

*foto - mindashahnon*

Wednesday, 30 March 2011

Lari Pecut vs Joging


Tengah duk belek-belek majalah lama hari tu, jumpa satu lagi fakta tentang otak.
Tentang kelebihan larian pecut berbanding dengan joging.

Kata majalah ni (RAPI, 15 Mei 2008), apabila berlari secara pecut, tindakan memecut yang kita lakukan dengan serta-merta itu akan meningkatkan keupayaan otak kita untuk berfikir dan bertindak dengan lebih pantas.

Menurut majalah ni juga, hasil kajian Universiti Munster di Jerman mendapati individu yang memecut dalam tempoh dua hingga tiga minit mampu untuk mempelajari dan mengingati perkataan baru 20 peratus lebih banyak berbanding orang yang berjoging selama 40 minit.

*foto - Irfan Khairi*

Saturday, 26 March 2011

Kenapa Kita Perlu Solat 5 Waktu Setiap Hari...


Setiap hari, apabila kita bekerja secara berterusan, otak akan menjadi letih dan kita tidak dapat bekerja dengan baik sehinggalah kita mendapat rehat yang secukupnya.

Selain daripada itu, kewujudan pelbagai jenis gelombang di sekeliling kita (seperti gelombang telefon bimbit, gelombang radio dan lain-lain) turut mendatangkan kesan kepada otak. Hasil daripada beberapa kajian sains yang dijalankan, didapati bahawa, setiap kali kita berada dalam posisi sujud semasa solat, kesemua gelombang yang terkumpul di dalam otak kita tadi akan dialirkan ke bumi. Ini menyebabkan otak kita kembali menjadi segar, di samping turut mengurangkan risiko untuk menghidap kanser otak.


[tips Youtube untuk elak gambar tersekat-sekat > 1) Tekan play 2) Tekan pause, tunggu loading hingga separuh bar 3) Tekan play sekali lagi]


*diterjemah dan diolah semula daripada beplustive*

Sunday, 20 March 2011

Lelaki Kacak, Wanita Cantik Miliki IQ Lebih Tinggi?


Hasil daripada satu kajian oleh sekumpulan penyelidik London School of Economics (LSE), England, mendapati lelaki kacak dan wanita cantik biasanya mempunyai darjah kecerdasan otak (IQ) yang tinggi. Dalam edisi terkini jurnal Intelligence, Ketua Penyelidik institusi tersebut, Satoshi Kanazawa berkata bahawa, "kecantikan fizikal berkait rapat secara positif dengan IQ". Kajian itu melibatkan 52 000 orang responden dari Britain dan Amerika Syarikat.

*diolah semula daripada akhbar Kosmo, 18 Januari 2011*

Saturday, 5 March 2011

Jantung Sihat Melambatkan Penuaan Sel-sel Otak


Hasil kajian terbaru oleh Universiti Boston, Amerika Syarikat dan diterbitkan dalam jurnal kesihatan Circulation, mendapati jantung yang sihat dan kuat mampu melambatkan penuaan sel-sel otak. Penelitian ini turut mendedahkan bahawa keadaan jantung yang buruk yang menyebabkan penuaan otak, tidak hanya terjadi kepada warga tua, bahkan kepada individu yang berumur awal 30-an. Menurut ketua penyelidik, Dr. Angela Jefferson, fungsi otak yang berkurangan adalah petanda awal penyakit nyanyuk.

*diolah semula daripada Majalah HARMONI, 1-15 Mac 2011*

100 Bilion Neuron Otak


Bagi anggota fizikal dan mental kita, tempoh tidur merupakan satu masa yang dimanfaatkan sebagai waktu rehat. Tetapi bagi otak pula, waktu tidur tetap digunakan sebagai waktu 'bekerja'. Semasa tidur, satu per empat daripada tenaga kita akan disalurkan ke otak untuk memastikan 10-100 bilion neuron atau sel saraf sentiasa kekal aktif.

*diolah semula daripada Majalah iSIHAT, Mac 2011*

Tuesday, 1 March 2011

Berkahwin Mampu Mengurangkan Risiko Nyanyuk


Dalam satu persidangan antarabangsa mengenai penyakit nyanyuk, para peserta telah didedahkan dengan satu fakta bahawa dengan berkahwin, seseorang itu mempunyai 50 peratus peluang untuk kurang mengalami gejala nyanyuk.

*diolah semula daripada Majalah INFINITI, Mac 2011*
*Foto - seasonsali*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...