Sunday 21 February 2010

YOUNG INTELMAX - Tablet Kunyah Untuk Minda Bestari



BELAJAR

MENGHAFAL

TUISYEN

KELAS TAMBAHAN

ULANG KAJI

PEPERIKSAAN

Bercakap tentang topik-topik hangat di atas, apakah perkara pertama yang terlintas di fikiran kita? Adakah:
  • masalah daya ingatan?
  • masalah daya tumpuan?
  • selalu mengantuk ketika di dalam kelas?
  • kurang cergas dan ceria?
  • kurang bersemangat disebabkan letih selepas waktu sekolah?
  • keputusan yang kurang cemerlang?
  • sukar mengenal huruf dan nombor, bagi sesetengah kanak-kanak?
  • paling teruk, juga bagi sesetengah kanak-kanak, pegang pensil pun merupakan satu masalah besar?!!!
Kalau sampai begitu sekali keadaannya, maka terpaksalah kita akui yang kita memang betul-betul perlukan bantuan. Ya, kita perlukan YOUNG INTELMAX...

KEISTIMEWAAN:
  • diperbuat daripada herba Timur dengan segala nutriennya diekstrak menggunakan teknologi Barat
  • selamat untuk diambil secara berterusan kerana tidak mengandungi bahan kimia dan bahan logam yang berbahaya kepada kesihatan
  • diformulasi khas untuk semua peringkat umur, sama ada kanak-kanak tadika, sekolah rendah, pelajar sekolah menengah, penuntut universiti dan juga untuk warga emas yang menghadapi masalah daya ingatan (dementia/demensia)
  • terbukti dapat meningkatkan daya ingatan, daya tumpuan, kecerdasan otak dan prestasi intelektual kanak-kanak
  • didatangkan dalam bentuk tablet boleh kunyah, jenis ubat yang paling digemari oleh kanak-kanak
  • terdapat dalam kuantiti 3o tablet dan 60 tablet untuk satu kotak
  • mempunyai sijil kelulusan produk daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (MAL04080009TR)
  • disahkan halal oleh Shandong Islamic Association of China, sebuah badan yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
  • YOUNG INTELMAX juga telah diinsuranskan dengan nilai setinggi RM 1 Juta
  • produk ini juga telah tersenarai sebagai antara 10 Pencapaian Terunggul CNI bagi tahun 2005
KANDUNGAN HERBA DALAM YOUNG INTELMAX:
  • Walnut (semen juglandis) - mengandungi Vitamin B1 (thiamine) dan asid folik untuk menguatkan daya ingatan dan konsentrasi
  • Chinese wolfberry (fructus licii extract) - mengandungi Vitamin C lima ratus kali ganda berbanding buah oren, lebih 18 jenis asid amino, beta carotene, Vitamin B1, B6 dan E; untuk meningkatkan tahap tenaga dalam tubuh
  • Longan atau buah mata kucing (arrilus longan extract) - air daripada buah longan membantu mengatasi perasaan lemah, hilang konsentrasi dan keletihan kronik. Juga merupakan penghasil tenaga yang baik dalam tubuh
  • Biji jujube (semen ziziphi spinosae extract) - juga dikenali sebagai kurma merah (red date) atau kurma China (Chinese date) untuk membantu menangani stres
  • Lily bulb (bulbus lilii extract) - mengandungi sejumlah kecil kalsium, zat besi, fosforus, Vitamin B1, B2 dan C untuk membantu menangani masalah keletihan
  • Hoelen (poris cocoa extract) - sejenis cendawan China yang mengandungi serat untuk mendorong ketenangan minda
TESTIMONIAL
  • Lee Yeng Ran, Lahad Datu, penuntut universiti - mencapai GPA 3.94 berbanding hanya 2B2C semasa di peringkat sekolah menengah
  • Nur Adilah bt Mohd Zali, Jasin, Melaka - masalah dalam menumpukan perhatian, kerap mengantuk dalam kelas, kurang minat siapkan kerja sekolah, tertekan kerana telah melakukan yang terbaik; menjadi lebih tenang dan dapat menumpukan perhatian, berjaya memperoleh 5A dalam UPSR dan mendapat tawaran ke MRSM di Negeri Sembilan
  • Siti Nurainnie bt Bolhassan, Sibu, Sarawak - sering gagal dan mendapat markah rendah, sering ditegur oleh guru, sering tertekan setiap kali menjelang peperiksaan; menjadi lebih tenang ketika STPM dan mendapat 4A1B
  • Chong Jyue Shin, 9 Tahun - Penggal 1 Darjah 1 mendapat No. 41 dalam kelas, tidak dapat mengikuti pelajaran dan terpaksa bersaing sengit. Penggal 1 Darjah 2, No.1 dalam kelas
  • Chua Jia Yee, Tahun 6 - tempat kelima hingga kesepuluh pada 2004 kepada tempat pertama dalam kelas pada Penggal 1 dan 2, tahun 2005
  • Nur Ain Desa, Arau, Perlis - sentiasa letih selepas waktu sekolah akibat menempuh perjalanan sejauh 15 batu dari rumah ke sekolah dan mengantuk kerana terpaksa keluar awal; menjadi lebih segar terutamanya pada waktu malam, mudah mengingati apa yang dibaca, cergas dan semakin berminat kepada pelajaran
  • Teh Sze Hong, Kuala Lumpur - selalu keluar awal pagi ke sekolah dan pulang lewat petang, tuisyen, membuat kerja rumah dan mengulang kaji pada waktu malam menyebabkan sibuk dan letih sepanjang hari. Prestasi pelajaran pula hanya sederhana walau pun berada dalam kelas cemerlang. Kini, beliau semakin bersemangat dan bertenaga, kemajuan ketara dalam subjek Sains dan Matematik serta memperoleh Anugerah Kecemerlangan
  • Nur Izzatul Haziyat Hj. Razali, Kota Samarahan, Kuching - mata kurang terang, selalu pening-pening, mudah lupa, sering mengantuk dalam kelas, malas siapkan tugas dan mudah letih. Kini, menjadi lebih bersemangat, tidak lagi malas, dapat tumpukan perhatian kepada pelajaran, jarang menghadapi masalah pening-pening, minda terasa lebih cerdas, tidak lagi mengalami masalah lupa dan seterusnya memperoleh 8A dalam PMR
  • Lim Chan En, Pulau Pinang - malas menyiapkan kerja rumah, sering dimarahi ibu dan guru, nakal di sekolah dan sering bermain ketika cikgu mengajar, keputusan peperiksaan tidak begitu memuaskan; menjadi semakin rajin untuk tumpukan perhatian, membuat kerja rumah tanpa perlu dipaksa, mampu belajar sehingga waktu tidur dan berjaya memperoleh 7A dalam UPSR
  • Siti Nurul Aqmariah Mohd Kahafiah, Kuala Terengganu - sering keletihan akibat aktif dalam ko-kurikulum, tidak bersemangat dan malas belajar, sering tertidur dan hilang fokus dalam kelas; menjadi lebih bersemangat untuk belajar, tidak lagi mengantuk dan cepat memahami pelajaran walau pun masih aktif dalam persatuan. Prestasi akademik meningkat daripada GPA 2.38 kepada 4.00
  • Yasmin bt Rahmad, Nilai, Negeri Sembilan - keputusan peperiksaan biasanya sekadar gred B dan C; menjadi lebih bertenaga, kuat tumpuan dalam kelas, tidak lagi mengantuk dan seterusnya memperoleh 5A dalam UPSR
*kesemua testimonial di atas dipetik daripada majalah bulanan CNI NEWS*

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...