IQ tu apa?
IQ (Intelligence Quotient) atau pun Darjah Kecerdasan merupakan satu bentuk penilaian terhadap kebolehan kita untuk berfikir dan membuat keputusan. Pemarkahan IQ pula bermaksud sistem pengiraan yang diseragamkan untuk membandingkan kebolehan-kebolehan tadi, yang ada pada majoriti individu bagi setiap kumpulan umur tertentu. Bagi kebanyakan ahli psikologi, darjah kecerdasan sederhana atau normal adalah dalam lingkungan 95 ke 105 markah.
Markah yang diperoleh setiap individu pula mungkin berbeza lebih atau kurang 5 markah daripada markah sebenar memandangkan agak sukar untuk menentukan ketepatan keputusannya. Banyak faktor luaran yang mungkin turut memberi kesan negatif terhadap markah yang diperoleh, seperti keadaan kesihatan diri sewaktu mengambil ujian, suasana tempat ujian dan gangguan-ganguan lain.
Markah IQ bukanlah penentu segalanya dalam kehidupan. Banyak lagi kebolehan-kebolehan dalam diri yang telah terbukti dapat membawa seseorang itu ke arah kejayaan tetapi tidak dapat diukur melalui markah IQ, seperti kecekapan kerja tangan (contohnya membuat kraf), bakat muzik dan lain-lain. Namun, melalui markah IQ yang diperoleh, kita dapat mengetahui kecenderungan diri berdasarkan kebolehan-kebolehan tertentu, seterusnya dapat membantu menentukan arah kehidupan yang paling sesuai.
Ujian IQ:
Terdapat dua jenis ujian yang digunakan secara meluas di peringkat antarabangsa untuk menentukan IQ seseorang, iaitu Ujian Kecerdasan Stanford Binet yang mula diasaskan pada 1916 (untuk kanak-kanak) dan Ujian Wechsler (1939, untuk orang dewasa).
Ujian Stanford Binet juga sesuai untuk orang dewasa (lingkungan umur 2 – 23 tahun).
Panduan pemarkahan IQ:
Stanford Binet
- 140 - Genius
- 120 hingga 139 - Cemerlang
- 110 hingga 119 - Bijak
- 90 hingga 109 - Tahap sederhana
- 80 hingga 89 - Tahap rendah
- 70 hingga 79 - Kurang kebolehan kritikal seperti kebolehan untuk menganalisis atau menilai keindahan, idea, kualiti dan sebagainya
- 69 ke bawah - Kurang keupayaan mental
- 144 ke atas - Genius
- 130 hingga 144 - Berbakat, berkebolehan
- 115 hingga 129 - Lebih daripada sederhana
- 85 hingga 114 - Sederhana
- 70 hingga 84 - Bawah daripada sederhana
- 69 ke bawah - Tahap rendah
Jadi, korang rasa, korang tergolong dalam kategori mana? Bijak atau genius?
Tak pasti?
Rasa-rasanya, korang minat tak untuk ambik tahu?
Kalau minat, apa kata kalau korang cuba jawab dia punya contoh ujian kat bawah ni?
Pilih je mana-mana satu yang sesuai dengan lingkungan umur korang.
Ujian Stanford Binet:
Klik je gambar kat bawah ni. Pastu, bila sampai kat laman web dia, tunggu loading dulu dan dia akan mula secara automatik. Kalau tak, sebaik saja abis loading, tekan je butang PLAY GAME.
Ingat ya, jawab 30 soalan dalam masa 20 minit.
So, kena ready betul-betul...
Ujian Wechsler:
Klik gambar, dan bila sampai kat laman web, scroll ke bawah sampai jumpa link Start Test.
Klik link tu untuk mula ujian.
Ujian ni kira antara yang terbaik sebab selain markah IQ, dia akan bagi sekali analisis mengenai kebolehan-kebolehan kita seperti kebolehan berbahasa, mengenal corak, pengetahuan am dan macam-macam lagi la.
Ujian ni lagi mencabar sebab kena jawab 30 soalan dalam masa 15 minit je... ada bran? :-)
Dan Keputusannya...:
Stanford Binet:
Masa mula-mula dapat result ni, kemain suka. Tinggal nak melompat-lompat je lagi.
IQ 120 youuuuuu..tahap cemerlang tuuu...
Tapi bila tahu je yang ujian ni untuk yang berumur 2 hingga 23 tahun, terus aku terjaga dari mimpi, berpijak di bumi yang nyata, lantas tertunduk malu...chewahhhh.
Patut la score tak hengat.
Da terlebey umur rupanya..huhu..
Takpe, takpe..kita cuba yang lain lak.
Ujian Wechsler:
Yang ni ujian IQ Test Lab tu ler.
Bila dah jawab soalan yang khas untuk orang yang bergelar otai-otai, veteran-veteran dan legend-legend nih, baru le tau kat mana tahap diri ini.
Atas sket daripada sederhana, tapi atas pagar je.
Patut la sampai sekarang takleh nak cipta petrol daripada air..hihi..
Pepehal pon, nanti kalau korang dah buat ujian ni, sila-sila la share jumlah markah korang kat sini kalo sudi.
Kalau dapat tinggi, Alhamdulillah. Korang sememangnya bijak atau genius.
Maknanya lepas ni kalau korang ada buat silap ke, apa ke, dah tak boleh dah nak cakap "bodohnya aku", "bangangnya aku" dan yang sama bunyi dengannya tu laa.
Tapi kalau dapat rendah, takyah duk pikir sangat.
Mungkin time korang jawab tu, korang tengah tension ke, tengah berebut laptop dengan adik ke, apa ke...
Pendek kata, banyak gangguan laa.
Satu lagi, kebanyakan daripada ujian ni menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Bukan bahasa ibunda kita.
Jadi, kita terpaksa buat dua kerja untuk jawab satu soalan.
Satu untuk faham dalam Bahasa Malaysia.
Dan satu lagi untuk faham apa yang dikehendaki oleh soalan tu.
Jadi, dah makan banyak masa...
So, selamat mencuba la yer... ;-)
2 comments:
Stanford Binet
Keputusan 150
Umur:13 tahun
Ujian Wechsler
Keputusan 120
Umur:13 tahun
Stanford binet
Keputusan96
Umur:13tahun
Ujian wechsler
Keputusan110
Umur:13tahun
Post a Comment