Friday 1 April 2011

Pejam 3 Saat, Celik 3 Saat...


Macam biasa, kita pakat kongsi ramai-ramai tips untuk kebaikan otak.
Dan sekali lagi, info ni diambil daripada majalah RAPI, isu 15 Mei 2008.

Tips kali ni berkenaan dengan senaman mudah untuk menyegarkan kembali minda yang sedang lesu, terutama sekali ketika kita sedang keletihan dan berasa langsung tidak bersemangat untuk meneruskan kerja-kerja seperti di pejabat, rumah dan lain-lain.

Nak tahu caranya?
Hanya dengan memejamkan mata selama 3 saat, kemudian buka mata secara perlahan-lahan, juga selama 3 saat.
Pertukaran yang cepat antara gelap dan terang akan memberikan rasa segar pada bahagian otak.

Jom kita cuba.
Tapi ingat ya, pejam 3 saat, celik 3 saat.
Bukan pejam 2-3 jam, lepas tu baru nak buka mata.
Yang tu orang tak panggil senaman dah, tapi dah kira tido.. :-)

*foto - bloggersbase*

3 comments:

aunieZ said...

tips yg bgune..leh cuba ni..thnks 4 sharing ;)

Ibnushukran said...

nice inf0 .. ni y nk try time klas lecture nnti,p tkut tertido 2-3 minit plak.. haha

syahnabil@duitcyber said...

info yg baik,bolehla praktikkan lepas ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...