Saturday 2 April 2011

Jom Siasat Kes Pembunuhan FBI





Gambar di atas dikeluarkan oleh Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan merupakan dua helai nota rahsia yang menjadi bahan bukti satu kes pembunuhan. Apa yang menariknya tentang kes ni?
  • Nota di atas ditemui dalam poket seluar mendiang Ricky McCormick, 41, mangsa kes pembunuhan tersebut
  • Dipercayai telah ditulis oleh mendiang 3 hari sebelum hari kematiannya
  • FBI melalui Unit Pengkaji Tulisan Rahsia dan Rakaman Pemerasan (CRRU), juga dengan bantuan Persatuan Pengkaji Tulisan Rahsia Amerika (American Cryptogram Association), cuba untuk membongkar misteri di sebalik nota tersebut sejak Jun 1999 tetapi gagal, menyebabkan kes tersebut tidak dapat diselesaikan sehingga ke hari ini.
  • Tiada sesiapa di kalangan ahli keluarga mahu pun rakan terdekat yang tahu maksud sebenar nota tersebut, walau pun mendiang dikatakan telah menggunakan nota sebegitu sejak dari zaman kanak-kanaknya
  • Antara kes utama FBI yang perlu diselesaikan
Dah tu, apa kaitannya dengan kita semua?
Hmmm..kalau nak diikutkan, tiada apa-apa kaitan :-)
Yang pastinya, FBI dan geng-gengnya boleh dikatakan sudah mati akal untuk merungkai rahsia di sebalik nota di atas. Jadi, mereka mengharapkan pihak luar seperti kita semua untuk membantu memahami mesej sebenar yang cuba disampaikan oleh mendiang Ricky McCormick pada saat-saat akhir hayatnya.

Walau pun nota tersebut mungkin hanya merupakan sekeping kertas dengan senarai barang runcit yang perlu dibeli, atau pun sekadar surat cinta, itu bukan perkara penting.
Apa yang penting ialah, bagaimana kod rahsia tersebut dapat dibongkar.

Tiada sebarang ganjaran ditawarkan *kedekut punya FBI*.
Cuma sekadar cabaran untuk menguji kehebatan minda kita, seterusnya membantu membawa penjenayah ke muka pengadilan.

Empat langkah asas yang biasa digunakan untuk menyelesaikan sebarang kod rahsia:
  1. kenal pasti bahasa yang digunakan
  2. kenal pasti sistem yang digunakan
  3. susun semula kaedah yang digunakan
  4. susun semula perkataan demi perkataan
Contoh kod: nffu nf bu uif qbsl bu oppo
  1. pengkaji tulisan rahsia (cryptanalyst) FBI biasanya mula menyiasat menggunakan Bahasa Inggeris
  2. kenal pasti sama ada kod ini menggunakan sistem penggantian perkataan, perkataan yang perlu disusun semula atau pun penggantian huruf. Dalam contoh ini, sistem yang digunakan ialah penggantian huruf
  3. langkah ini menentukan bagaimana huruf-huruf tersebut diganti. Dalam contoh ini, setiap huruf telah dianjak satu huruf ke kanan dalam sistem abjad
  4. berdasarkan langkah 1 hingga 3, contoh kod rahsia ini berjaya diselesaikan: Meet me at the park at noon (Jumpa saya di taman pada waktu tengah hari)

*sumber - FBI*

5 comments:

´¯`·.¸¸.·♥ amirah liyana´¯`·.¸¸.·♥ said...

waaahhhhh...menarik2....
macam detectif conan jaa...

Ibnushukran said...

perhh. mmng rumit gler kes ni.. n mncabar minda kita nk solve pr0b ni..

Woofer Storm said...

tak layak jadi fbi...heheeee

Fleura said...

wahh... nk try anta surat cam tuh gak lah. hahaha


Singgah dari Blog abg ben yee...
kump 6 no 83..
yipeeee....

jom:
Camera zaman Tok Kadok. Siapa berani try?!!
Tempat untk Orang GILA TRAFFIK dah upgrade!!

Naziman Blogger Malaysia said...

Itu pun FBI tak dapat. budak sekolah rendah pun tahu. haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...