Friday 9 July 2010

Jus Beri Biru (Blueberry) Elak Nyanyuk


Jus blueberry atau beri biru amat bermanfaat untuk mengelak nyanyuk. Kajian oleh Universiti Cincinnati, Amerika Syarikat menunjukkan bahawa amalan meminum segelas jus buah beri biru setiap hari mampu mengurangkan penurunan daya ingatan individu sekali gus dapat mengelakkan nyanyuk di kalangan warga emas.
Ketua penyelidik, Robert Krikoran, menjelaskan beri biru mengandungi antosianin, sejenis zat kimia yang berperanan sebagai antioksidan. Kandungan antosianin yang tinggi dapat membantu meningkatkan arus stimulus yang menuju ke otak, membantu pertumbuhan sel otak dan melambatkan proses penuaan.
Selain itu, penyelidikan itu juga membuktikan bahawa beri biru ampuh dalam melawan penyakit kanser, jantung, katarak dan asma kerana sifat antosianin yang menyerupai vitamin C.

*Majalah Harmoni, 1-15 Julai 2010*

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...