
Prestasi dalam peperiksaan banyak bergantung kepada persediaan anda setiap hari. 80% keyakinan timbul daripada penumpuan anda mendengar kuliah dan mengulang kaji, 20% keyakinan pula terjana daripada persiapan akhir sebelum peperiksaan. Berikut ialah beberapa petua menghadapi peperiksaan dengan tenang dan penuh keyakinan:
- Waktu tidur yang mencukupi: Badan yang cergas dan minda yang segar meningkatkan daya ingatan, daya tumpuan dan pemahaman.
- Waktu rehat yang berpatutan: Relakskan badan, luangkan setengah jam setiap hari untuk meredakan rasa tegang menjelang peperiksaan.
- Tetapkan pelan belajar dan mata pencapaian yang munasabah: Patuhi jadual waktu mengulang kaji atau membuat latihan yang telah ditetapkan untuk semua subjek; tetapkan mata pencapaian yang realistik dan berusahalah dengan sedaya-upaya untuk mencapai matlamat anda.
- Beri dorongan dan galakan sesama sendiri: Kumpulkan beberapa rakan untuk berkongsi perkembangan pembelajaran masing-masing; luangkan masa setengah jam setiap hari untuk sesi soal-jawab sebagai usaha meningkatkan daya ingatan; tetapkan topik yang perlu diulang kaji untuk sesi soal-jawab hari yang berikutnya.
- Usah sekali-kali berasa cemas sebelum memasuki dewan peperiksaan: Setiap hari, redakan rasa tegang dengan mengamalkan latihan menarik nafas panjang, termasuk semasa memasuki dewan peperiksaan dan dalam peperiksaan
- Amalkan diet seimbang: Termasuk pengambilan Young Intelmax, setiap pagi dan malam, untuk memperkasa minda, meningkatkan daya ingatan dan daya tumpuan.
*dipetik daripada CNI NEWS Julai 2005*
No comments:
Post a Comment