Banyak makan makanan yang mengandungi bahan kimia termasuk bahan perasa dan bahan awet boleh menyebabkan anda mudah lupa. Umpamanya minum minuman bergas dan makanan segera (junk food). Bahan kimia di dalamnya boleh menumpulkan fikiran dan daya ingatan seseorang. Antara makanan yang jika dimakan mampu menyebabkan anda lupa ialah memakan epal yang sudah masam, memakan jeruk, banyak makan bawang besar, banyak makan makanan yang mengandungi rempah dan ketumbar kering, memakan kepala ikan, memakan makanan dan minuman yang bercampur dengan semut. Ini kerana semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang boleh melemahkan ingatan.
Jangan sesekali makan sehingga terlalu kenyang. Jangan makan makanan yang disentuh oleh tikus, makan makanan yang dijual di warung-warung yang kotor dan terdedah dan minum minuman yang memabukkan seperti arak dan tuak masam.
*Majalah RAPI, 1 Februari 2011*
5 comments:
suka topik ni...asam tu...ermm sume org suka..sedap :)tntg kepala ikan tu..berdasarkan sains ker? sj nak tahu...
hurm..byk mknn skrg nie.."perisa" yg ditambah tuu mmpunyai bhn kimia..=_=
Diterima Menyertai 100 Penulis Editor!
Nurul - dari segi kajian saintifik tu takde lg. Cuma dikatakan kepala ikan tu tak elok dimakan disebabkan mudarat bahagian otaknya.
Boleh rujuk sini:
Artikel 1
Artikel 2
oo, macam tu...
rempah pun kena kurangkan la sekarang ni..
sha > yg suka masak, kena kurangkan rempah. Yg suka makan lak, kena kurangkan trip ke kedai mamak..heh..
Post a Comment