Sunday 7 November 2010

Terapi Seni dan Muzik Penyembuh Minda Tertekan


Pasti ramai yang menggemari muzik tidak terkecuali pesakit bipolar (gangguan pada otak yang menyebabkan berlaku perubahan yang luar biasa pada tingkah laku seseorang individu). Pesakit disarankan mencipta ketenangan dengan mendengar alunan muzik yang lembut bagi menyembuhkan minda yang tertekan. Kajian mendapati, alunan muzik boleh membuatkan emosi pesakit lebih terkawal dan menstabilkan rembesan kimia pada otot untuk bertindak secara normal.

Terapi ini juga boleh digantikan dengar mendengar alunan bacaan ayat suci daripada kitab suci. Tidak kira apa jenis alunan yang dimainkan, paling penting alunan tersebut bersesuaian dengan jiwa pesakit dan pastikan bukan alunan yang berunsurkan keganasan.

Selain itu, teknik belajar bermain muzik juga boleh diaplikasikan oleh pesakit. Aktiviti ini juga boleh mengisi masa lapang yang terluang di samping boleh meluahkan isi hati.

*Majalah iSIHAT, November 2010*

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...