Sunday 4 July 2010

Cuaca Panas Punca Sakit Kepala


Cuaca panas dan perubahan atmosfera mudah menyebabkan sakit kepala dan migrain berbanding punca pencemaran lain. Kajian yang dilakukan oleh penyelidik Amerika Syarikat (AS) menunjukkan, setiap kali suhu naik sebanyak 5 darjah selsius atau sekitar 9 darjah fahrenheit, risiko sakit kepala meningkat sebanyak 8 peratus. Suhu tekanan kelembapan udara, jisim partikel sihat, karbon hitam dan sulfur dioksida dikatakan sebagai punca sakit kepala meski pun buktinya tidaklah begitu jelas. Penemuan yang diterbitkan dalam jurnal Neurology itu menjelaskan bahawa cuaca panas merendahkan tekanan darah dan wujud bukti bahawa migrain berkait rapat dengan perubahan aliran darah di sekitar otak.

*Majalah Rapi, 15 Jun 2010*

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...