Tuesday, 5 April 2011

Tidur Yang Cukup


Ada sesiapa yang tak cukup tidur hari ni?
Ada? Kesiannn...
Patut la mata pun merah je.. :-)

Sebenarnya, mengikut info daripada majalah RAPI, isu 15 Jun 2010, kita perlukan tidur yang cukup setiap hari kerana kurang tidur akan mengganggu maklumat atau data yang disimpan di dalam otak.

Berapa lama tidur yang cukup ni?
Bagi yang berumur 18 tahun dan ke bawah, terutama sekali kanak-kanak atau bayi, mereka memerlukan waktu tidur antara 10-18 jam sehari.
Ini penting untuk membantu tumbesaran dan perkembangan yang optimum.
Bagi orang dewasa pula, antara 7.5 - 9 jam, bergantung kepada aktiviti seharian atau pun pekerjaan yang dilakukan.

*rujukan - healthyandhappy*
*foto - psfk*

3 comments:

kay_are said...

cukup tido time weeekend je r..

awEEN said...

adoii..patutla bangun tido pon penat..tido awal dah semalam tapi asyik terjage2 je...=)

Fizalinolie said...

Info yang menarik. Tapi kan kekadang tidur yang berlebihan pun membuatkan badan menjadi lesu... Huhuhuhu. Apa2 pun thanks yer Amirudy kerana sudi menjadi kawan saya. Thanks kerana follow blog saya. Keep in touch =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...